Beberapa
tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah seorang isteri yang
diceraikan oleh suaminya kerana tidak berdarah pada malam pertama
perkahwinan mereka.
Si suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya
dan tidur dengan lelaki lain sebelum berkahwin.
Berita ini amat
menyedihkan kerana cinta yang mereka bina selama ini hancur musnah
kerana sikap tidak berfikir panjang si suami.

Namun kisah ini tidak seburuk berita berita yang aku dengar dari negara negara konservatif muslim.
Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya ramai
isteri yang tidak berdarah pada malam pertama dibunuh atau/dan dibakar
oleh suami, abang atau bapa mereka kerana dikatakan telah menconteng
arang ke muka keluarga.
Pada pendapat aku, berdarah atau tidak berdarah
bukanlah satu perkara yang perlu dijadikan isu. Dibawah ini akan aku
jelaskan mengapa.
Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput dara.
Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput dara.
Menurut
Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004), 1 bagi
setiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara.
Dalam erti kata
lain, kira - kira 15000 wanita di Malaysia tidak mempunyai selaput
dara.
Selain itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana aktiviti seks tetapi juga kerana faktor faktor yang lain seperti penggunaan tampon yang kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan, onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan atau penderaan fizikal.

Atas sebab - sebab ini berdarah atau tidak bukanlah
petunjuk konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks atau
tidak.
Disamping itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana dirogol.
Disamping itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana dirogol.
Golongan ini
dalam dilema ama ada patut atau tidak mereka menceritakan tragedi hitam
mereka kepada bakal suami.
Golongan lelaki diluar sana mungkin
beranggapan yang wanita wanita ini harus berterus terang sahaja kepada
bakal suami mereka.
Namun, kita tidak berada di tempat wanita itu dan
tidak tahu betapa berserabut fikirannya.
Jika diberitahu, makin banyak
soal si suami hingga membuatkan si isteri terseksa mengenangkan saat
dirogol.
Ada kemungkinan si suami akan menganggap si isteri hanya
membuat - buat alasan untuk menutup aib bahawa dirinya dulu seorang
bohsia.
Ada kemungkinan si suami akan menyalahkan si isteri kononnya
terlalu naif, sama dua kali lima menggatal, berpakaian seksi dan
sebagainya.
Hakikatnya, amat susah sekali suami - suami diluar sana
mempercayai pengakuan isteri mereka.
Menurut Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yang disoal selidik mengatakan mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks.
Menurut Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yang disoal selidik mengatakan mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks.
Adakah
ini bermaksud 57% wanita yang lain itu masih mempunyai dara? Sudah tentu
tidak.
Lelaki - lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira jika mengetahui isteri mereka berdarah pada malam pertama.
Lelaki - lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira jika mengetahui isteri mereka berdarah pada malam pertama.
Tetapi pendarahan ini mungkin
berlaku disebabkan penyakit seperti cervical dysplasia, gonorrhea,
cervical polyps, vaginal yeast infection, uterine polyps, chlamydia,
vaginitis, trichomoniasis, endrometritis and fibroid tumors.
Jika bukan
kerana penyakit mungkin juga kerana kemasukan zakar kedalam vagina
secara kasar dan kekurangan pelincir.
Yang peliknya, sesetengah lelaki yang beriya - iya mahukan isteri dara ini belum pasti lagi masih teruna atau tak. Entah - entah dah banyak kali beromen dengan anak orang.
Yang peliknya, sesetengah lelaki yang beriya - iya mahukan isteri dara ini belum pasti lagi masih teruna atau tak. Entah - entah dah banyak kali beromen dengan anak orang.
Janganlah jadi lelaki munafik yang nak isteri
islamik, dara tapi perangai sendiri macam sampah.
Berdasarkan faktor - faktor ini tidak perlulah lagi kita hebohkan sangat jika perempuan itu berdarah atau tidak.
Berdasarkan faktor - faktor ini tidak perlulah lagi kita hebohkan sangat jika perempuan itu berdarah atau tidak.
Apa yang penting adalah perempuan itu
baik, memahami kita dan menyayangi kita sepenuh hati.
Jika perempuan
itu terbukti pernah tidur dengan banyak lelaki sekalipun tidak perlu
kita kenang sejarah hidupnya.
Apa yang lepas kita biarkan berlalu pergi.
Jika wanita itu pelacur sekalipun tetapi benar benar ingin membina
keluarga bersama kita jadi terimalah seadanya.
Lagipun kita ini pun
bukanlah sempurna mana.